Saturday 17 February 2018

Rukun Sholat

Assalamu'alaikum warohmatulloh wabarokaatuh

فصل. أركان الصلاة سبعة عشر

(فصل )

ركان الصلاة سبعة عشر : الأول النيةالثاني تكبيرة الإحرام الثالث القيام على القادر في الفرضالرابع قراءة الفاتحةالخامس الركوع السادس الطمأنينة فية السابع الإعتدالالثامن الطمأنينة فيه التاسع السجود مرتينالعاشر الطمأنينة فيةالحادي عشر الجلوس بين السجدتين الثاني عشر الطمأنينة فيةالثالث عشر التشهد الأخيرالرابع عشر القعود فيهالخامس عشر : الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم السادس عشر السلامالسابع عشر الترتيب .نقلاً من كتاب ( سفينة النجاء )



rukun sholat ada 17 pasal

:- niat 

- takbiratul ihram

- berdiri tegak bagi yang mampu/ dalam shalat fardhu

- membaca alfatihah

- ruku

'- tuma'ninah

- i'tidal

 - tuma'ninah

 - sujud dua kali dalam setiap raka‘at

 - tuma'ninah 

- duduk antara dua sujud

- tuma'ninah

 - duduk tahiyyat akhir

 - membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir

 - shalawat ke atas  Nabi  Muhammad sholallollahu ‘alayhi wasallam

- salam

 - tertib 

di ambil dari pada kitab Safeenatu An Naja


penjelasan dari ana sedikit dari itu semua spya faham

1. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

2. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz ALLAHU AKBAR

3. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tuma’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud.
Syarat-syarat sujud ialah:

Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya

Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.
wallohu'alam
sumber fp,tuanku guru Mulia Al-habib zein Hafidzahullah
Akhi langkar

Alhamdulillah catatan sederhana mengenai rukun sholat telah selesai mohon maaf jika da kesalahan dalam penulisan  Wassalamu'alaikum warohmatulloh wabarokaatuh

No comments:

Post a Comment